Welcome to the Netflix Partner Help Center. Have a question or need help with an issue? Send us a ticket and we'll help you to a resolution.

Kami menghubungkan pencerita global dengan suara tempatan agar kegembiraan dapat diakses oleh semua khalayak melalui inovasi dan keaslian.

 

TERJEMAHAN/ADAPTASI

  • Bahasa Basahan
    • Kami mahu khalayak kami dapat mengaitkan kehidupan dengan kandungan yang mereka tonton dan mesej itu tiba dengan niat yang sama seperti suara asal (original voice - "OV"). Melainkan kandungan yang dihasilkan adalah karya sejarah atau penggunaan bahasa dalam OV berbeza daripada cara orang bercakap pada masa kini, kami mencadangkan agar penterjemah alih suara menggunakan bahasa basahan/harian apabila kandungan itu memerlukan penggunaan bahasa tersebut. 
  • Penapisan
    • Misi kami adalah untuk menghormati niat kreatif asal sebanyak mungkin dengan versi alih suara kami. Dialog (termasuk maki hamun) hendaklah disampaikan setepat mungkin, tanpa menggunakan dialek atau perkataan yang sebaliknya akan menyertakan tahap kelucahan yang tidak tersirat dalam kandungan. Kami amat menggalakkan penyesuai alih suara untuk tidak melembutkan atau menapis sebarang sumpah seranah atau kata-kata cabul yang digunakan dalam OV (dengan mematuhi/menghormati undang-undang tempatan). 
    • Jika bunyi blip berlaku: Terjemah maki hamun yang ditapis dengan cara yang lebih lembut. Elakkan daripada membuat andaian maki hamun yang telah digunakan. (Lihat Pengadunan: Bunyi blip untuk spesifikasi pengadunan).
  • Istilah Sensitif & Rangkuman
    • Kerangkuman dan Kepelbagaian (Inclusion and Diversity - "I&D") adalah keutamaan untuk Netflix dan walaupun kami telah mencapai kemajuan yang besar, kami masih belajar cara menyampaikan keperluan dan jangkaan kami dengan lebih baik kepada komuniti alih suara. Apabila topik I&D muncul dalam kandungan kami, pasukan alih suara Netflix akan memberikan panduan dan sokongan untuk memastikan kami menghormati khalayak kami. 
  • Harta Intelektual & Francais Tertubuh
    • Beberapa rancangan kami adalah atau akan berdasarkan harta intelektual (intellectual property - "IP") tertubuh yang telah diterjemahkan untuk bentuk kandungan lain (permainan video, buku). Untuk tajuk terpilih, pasukan alih suara akan menyediakan sumber yang harus digunakan sebagai rujukan utama agar konsisten secara menyeluruh. Untuk tajuk yang kami tidak akan berikan rujukan atau panduan, kami menjangkakan rakan kongsi kami menyelidik secara proaktif dan menentukan perkara yang paling sesuai untuk kandungan dalam bahasa masing-masing. 
  • Kaji Selidik
    • Sebilangan besar kandungan Bukan Fiksyen & Tanpa Skrip, menggunakan perbendaharaan kata khusus untuk topik yang tidak semestinya ada dalam bahasa vernakular biasa. Kami ingin menggalakkan penterjemah dan penyesuai yang bekerja dengan kandungan sedemikian untuk mempunyai pengetahuan/pengalaman sedia ada dan/atau membuat kaji selidik secara meluas untuk memastikan tahap kepakaran lisan yang sama wujud dalam versi yang dialih suara kami. Sila hubungi pasukan alih suara tempatan untuk bekerjasama serta berkongsi pengetahuan & konteks untuk hasil yang terbaik. 
  • Rakaman Arkib
    • Secara amnya, rakaman arkib tidak sepatutnya dialih suara dan sebaliknya diliputi oleh naratif paksa untuk mengekalkan keaslian, integriti dan niat sejarah kandungan sumber arkib.
    • Apa-apa perkara yang bersejarah dan difilemkan di luar filem/siri itu sendiri biasanya dianggap sebagai bahan arkib. Contoh bahan arkib yang biasa digunakan ialah: Audio yang dirakam daripada pengakuan/panggilan telefon, rakaman berita TV, rakaman mahkamah, ucapan daripada tokoh atau aktivis politik, IP sedia ada. Jika tidak jelas sama ada baris/adegan adalah bahan arkib, dapatkan nasihat daripada wakil Netflix anda. 
    • Cara penyampaian arkib mungkin berbeza mengikut bahasa. Wilayah anda mungkin lebih suka mengalih suara arkib, terutamanya jika terdapat peratusan tinggi arkib yang mungkin mengganggu pengalaman penonton (dengan terlalu banyak naratif paksa untuk dibaca). Perlu diingat bahawa setiap tajuk adalah unik dan cara penyampaian yang berbeza mungkin diminta oleh wakil Netflix untuk tajuk tertentu.
  • Cara Penyampaian Muzik/Lagu
    • Lagu hendaklah diterjemahkan dan dimasukkan ke dalam fail naratif paksa (tidak dialih suara) hanya jika berkaitan plot dan jika hak telah diberikan. Contohnya, "Wild Wild Country" Sila dapatkan pelepasan lagu daripada wakil Netflix anda.
  • Cara Penyampaian dan Pelat Bahasa Asing
    • Untuk rancangan dengan dialog asing yang jarang muncul atau mempunyai kepentingan berkaitan plot, fail naratif paksa untuk dialog asing akan dicipta berbanding dengan menutup dialog itu dengan alih suara. (contohnya: "Dirty Money": Bahasa Perancis Kanada dituturkan sepanjang episod "The Maple Syrup Heist" yang diterjemahkan dengan naratif paksa).
    • Jika dialog asing menyumbang kira-kira 40% atau lebih masa tayangan (contohnya: "Chef’s Table"), dialog ini lebih baik disampaikan dengan alih suara berbanding naratif paksa, kerana terlalu banyak naratif paksa akan memberikan pengalaman yang mengganggu.
    • Jangan ulangi pelat dan/atau kesilapan tatabahasa yang dibuat oleh subjek bercakap yang bercakap bahasa selain bahasa ibunda mereka. Penggunaan pelat bahasa secara amnya harus dielakkan kerana pelat yang digunakan/ditiru yang tidak tepat mungkin dianggap tidak sensitif atau menyinggung kumpulan budaya dan/atau etnik tertentu.
    • Dapatkan nasihat daripada Netflix jika tidak jelas tentang cara menangani dialog atau pelat asing.

LAKONAN & PERSEMBAHAN SUARA

  • Pengarah Kreatif
    • Kami ingin memastikan penyeliaan/panduan kreatif disediakan semasa sesi rakaman Pelakon Suara. Sebaik-baiknya, Pengarah Alih Suara yang ditugaskan kepada sesuatu tajuk harus hadir semasa sesi tetapi jika keadaan ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh konflik jadual atau sebarang keadaan lain, kami mahu rakan kongsi alih suara kami untuk menugaskan seorang Pengarah Kreatif bagi rakaman Pelakon Suara dan tidak membiarkan pengarahan sesi dikendalikan jurutera audio atau kakitangan studio. 
  • Umur & Jantina
    • Matlamatnya adalah untuk versi alih suara kami mencerminkan cara peserta pada skrin dipersembahkan sedekat yang mungkin dan kami ingin memastikan bakat suara dipilih dengan sewajarnya untuk menghormati penyampaian asal peserta pada skrin. Kami amat menggalakkan rakan kongsi alih suara kami untuk memilih bakat mengikut umur dan jantina yang sesuai serta relevan untuk mencapai padanan vokal semula jadi yang terbaik. 
  • Padanan & Persembahan Suara
    • Mencapai kedua-dua sifat tersebut semestinya ideal tetapi kadangkala mungkin tidak realistik. Padanan suara adalah penting tetapi mencipta pengalaman yang mengasyikkan untuk khalayak adalah keutamaan kami. Jika padanan suara dan persembahan tidak dapat dicapai pada masa yang sama oleh seorang pelakon suara, kami akan mengutamakan untuk mendapatkan persembahan terbaik untuk mencipta pengalaman yang paling boleh dipercayai untuk penonton. Pengarah dan Rakan Kongsi alih suara akan dibimbing dalam senario sedemikian oleh pasukan alih suara Netflix mengikut keperluan. Padankan tenaga/nada OV. 
        • Dokumentari: Gunakan pertimbangan terbaik semasa menentukan nada dan irama penutur, serta kelajuan dan tempoh masa yang diperlukan untuk terjemahan. Perlu ada nada dan keseimbangan yang konsisten untuk menghormati kandungan.
        • Tanpa skrip: Tajuk tanpa skrip tertentu mungkin memerlukan persembahan yang lebih bertenaga kerana sifat kandungan (contohnya rancangan memasak, pertandingan). Sila gunakan pertimbangan terbaik apabila membuat keputusan ini dalam nada dan irama penutur.
  • Suara yang Mantap 
    • Kami sentiasa ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan bakat yang pernah melakonkan suara peserta pada musim atau rancangan sebelumnya dalam kandungan Netflix. Jika pelakon suara telah membawakan peserta yang sama pada skrin dalam rancangan kami, kami menjangkakan suara itu akan digunakan dalam produksi melainkan Netflix menyatakan sebaliknya.
  • Sebutan & Penyampaian
    • Kami ingin memastikan semua butir dialog cukup didengari untuk difahami dengan mudah, tetapi kami tidak mahu penyampaian pelakon itu terjejas kerana ini. Tidak mengapa untuk mempunyai sebutan yang kurang sempurna. Sebutan hendaklah paling semula jadi yang mungkin dan penyampaian harus sepadan dengan peserta pada skrin. 
  • Reaksi
    • Mengikut garis panduan alih suara VO kami, reaksi (Ketawa, bunyi reaksi, tangisan, dll.) tidak dijangka untuk dirakamkan. Jangan merakam apa-apa kandungan yang tidak dianggap sebagai dialog.

RAKAMAN

  • Prapenguat
    • Menggunakan prapenguat analog atau digital boleh diterima. Jika keutamaan ialah analog, sila pastikan tiada bunyi yang boleh didengar dijana apabila meningkatkan gandaan ke tahap rakaman yang diingini. 
  • Mikrofon 
    • Kami amat menggalakkan penggunaan mikrofon kondenser diafragma besar. Idealnya adalah untuk menyediakan bunyi jenis pengisahan dan kami menganggap mikrofon ini untuk memberikan pengalaman yang kami mahukan dalam alih suara gaya VO.
  • DAW
    • Mana-mana DAW profesional di pasaran boleh diterima. Kami bergantung pada rakan kongsi alih suara kami untuk menggunakan perisian profesional yang menampung aliran kerja dan amalan terbaik teknikal mereka. 
  • Pemprosesan prarakaman
    • Kami amat mengesyorkan agar tidak menggunakan sebarang pemproses dinamik (EQ, Compression, Limiting, Noise-gate, De-Esser) dalam proses rakaman untuk menangkap dialog sebersih mungkin dan memberikan ruang kepada pengadun bunyi untuk memanipulasi bunyi mengikut keperluan. Turas potong rendah boleh digunakan asalkan ia tidak melebihi 100Hz. 

PENYUNTINGAN

  • Bunyi-bunyian atau hingar
    • Bunyi yang boleh didengar seperti klik lidah dan air liur harus dikeluarkan semasa proses penyuntingan melainkan persembahan asal memerlukannya.
  • Manual & Pemalam
    • Kedua-dua pendekatan adalah digalakkan. Menggunakan pemalam penyingkiran hingar boleh diterima selagi proses itu tidak menjejaskan kualiti audio yang dirakam. 
  • Penyegerakan Audio
    • Kami mengesyorkan penyuntingan terhadap rujukan audio untuk membolehkan audio asal didengar selama 1-3 saat sebelum dialog yang dialih suara bermula. Dialog yang dialih suara harus berakhir pada masa yang sama dengan OV.
  • Kepudaran
    • Lebih ideal untuk penyunting dialog menggunakan pudar masuk dan pudar keluar dalam setiap dialog. Bunyi yang ditangkap seperti nada bilik atau gandaan prapenguat mungkin tidak ketara semasa proses rakaman dan penyuntingan tetapi boleh menyerlahkan bunyi yang tidak diingini semasa proses adunan. 

PENGADUNAN

  • Tahap Dialog
    • Versi yang dialih suara harus sepadan dengan tahap audio OV. Jika garis panduan rakaman dan penyuntingan diikuti, pengadun bunyi tidak perlu untuk menguatkan kelantangan dialog alih suara dan menjadikan suara lebih kuat daripada kelantangan yang ditentukan oleh OV. Dalam usaha untuk memastikan dialog konsisten dan seimbang, kami menggalakkan pengadun bunyi menggunakan pengawal atau konsol pengadunan untuk automasi tahap dan bukannya sebarang pemproses dinamik yang berkemungkinan menjejaskan bunyi semula jadi yang kita usahakan. 
  • Pemprosesan Dinamik 
    • EQ
        • Penyamaan ialah satu sumber untuk mengalih keluar dan melembutkan frekuensi yang tidak diingini dan/atau menekankan frekuensi yang dikehendaki dalam dialog. Penyamaan tidak boleh dianggap sebagai proses untuk mengimbangi rakaman berkualiti sederhana dan oleh itu, kami menggalakkan pengadun bunyi untuk tidak terlalu menggunakan penyamaan untuk tujuan tersebut. 
    • Pemampatan
        • Pemampatan diterima selagi dinamik dialog tidak terjejas dengan ketara olehnya. Jangkaan kami adalah untuk mempunyai dialog yang berbunyi semula jadi dan kami mencadangkan pengadun bunyi untuk mengimbangi tahap dengan automasi kelantangan sebelum menggunakan pemampatan sebagai sumber. 
    • Futz 
        • Dalam kes yang sangat istimewa, kami akan meminta rakan kongsi kami untuk menambah kesan futz bagi kandungan Bukan Fiksyen yang mengandungi rakaman arkib (contohnya, T.V. / siaran radio), mempunyai penyampaian atau kesan khas untuk menyahnamakan peserta dll. Apabila futz diminta secara khusus untuk VO, kami menjangka untuk pengadun bunyi memadankan futz sedekat mungkin dengan OV. 
  • Print Master (junaman)
    • Runut PM yang kami sediakan hendaklah digunakan untuk tujuan pengadunan. Amalan terbaik untuk Pengadunan VO ialah menjunamkan audio asal untuk membolehkan dialog yang dialih suara didengari oleh penonton. Junaman hanya dijangka apabila dialog yang dialih suara muncul dan harus selancar mungkin untuk tidak dianggap sebagai kejatuhan runut audio. Tidak mengapa untuk menggunakan pemalam gerbang/rantai sisi asalkan peralihan yang dibuat itu lancar dan tidak mengganggu. 
  • Runut opsyenal
    • Untuk tajuk terpilih, pasukan alih suara akan menyediakan runut Opsyenal untuk kandungan Bukan Fiksyen. Kami menasihatkan rakan kongsi alih suara kami untuk menggunakan runut opsyenal mengikut budi bicara mereka selagi dialog yang dirakam digabungkan dengan lancar dengan runut opsyenal yang disediakan. Pasukan alih suara Netflix akan memberikan arahan kreatif dan teknikal apabila runut opsyenal harus digunakan untuk tujuan tertentu. 
  • Pengisahan Mix-Minus
    • Melainkan diarahkan secara khusus, sila jangan alih keluar tunjang pengisah/gunakan runut mix-minus. Sebagai contoh, dalam dokumentari, pengisah sering menceritakan kisah mereka (sebagai pengisah orang pertama) dan mengekalkan suara mereka akan memelihara keaslian kandungan. Ini adalah fungsi yang sangat berbeza daripada pengisah orang ketiga yang serba tahu yang boleh digantikan dengan suara tempatan. 
  • Bunyi Blip
    • Jangan lakon semula bunyi blip dalam alih suara. Pastikan bunyi blip dalam adunan asal boleh didengari untuk menyampaikan niat kreatif. 

TRELER

  • Jika cara treler dipotong menyukarkan proses untuk mengekalkan kesan lengah 1-2 saat, penyegerakan VO dengan dialog asal boleh diterima.
  • Jika alih suara VO memberikan pengalaman yang menggelegar kerana cara treler itu dipotong, sila hubungi wakil Netflix anda untuk membincangkan pendekatan terbaik. 
  • Gaya Alih Suara (contohnya VO untuk wawancara, Penyegerakan Bibir untuk rekreasi dll.) hendaklah sepadan dengan bentuk panjang.
  • Alih suara tidak seharusnya meliputi rakaman arkib dan dialog asing (AKA dialog selain bahasa sumber). Kejadian ini akan diliputi dengan naratif paksa. Arahan akan diberikan sekiranya cara penyampaian yang berbeza diperlukan.

SUMBER

Komuniti Pusat Bantuan Rakan Kongsi (pelbagai topik, termasuk cara penyampaian topik sensitif - log masuk diperlukan)

Was this article helpful?
0 out of 0 found this helpful